Obesiti

OBESITI
Obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.


Golongan yang tergolong dalam OBESITI 
- Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal.
- Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya.
- Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 (sila lihat di bawah untuk bagaimana mengira BMI).
- Mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing manis).
- Gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan. - sumber

Kesan OBESITI
1. Sakit jantung – Lemak yang terlalu tebal boleh menyumbat saluran darah menyebabkan organ tubuh kita tidak mendapat cukup oksigen yang diperlukan. Didapati mereka yang obes pada ukuran BMI lingkungan 25 ke atas terdedah kepada serangan jantung, mati mengejut, sakit dada dan denyutan jantung yang tidak normal. [utusan online]
2. Darah Tinggi - kandungan lemak darah (triglycerides) tinggi dan HDL kolestrol baik yang rendah di dalam darah pengidap obesiti. Trigliseride tinggi boleh menyumbat salur darah dengan cepat. Apabila ruang salur darah menyempit tekanan di dalamnya akan meningkat.
3. Hipertensi – mempercepatkan proses pengerasan arteri dan mempercepatkan proses penuaan.
4. Diabetes – kandungan gula tinggi dalam darah. Sekiranya pengidap diabetes dirawat dan berat badan dapat diturunkan, receptors insulin ini akan menjadi sensitif semula kepada hormon insulin. Seseorang yang obes terdedah kepada risiko mendapat diabetes jenis 2 sebanyak dua kali ganda daripada mereka yang mempunyai berat badan normal. [utusan online]
5. Kanser – Golongan obesiti mempunyai risiko lebih tinggi terhadap pelbagai jenis kanser seperti kanser endometrical iaitu kanser lining uterus, kolon, gall bladder, prostat, buah pinggang dan post menopausal breast kanser. Didapati kalangan wanita yang mempunyai lebihan berat badan sebanyak 18 paun mempunyai dua kali ganda risiko untuk menghidap barah payu dara selepas menopaus. [utusan online] - sumber

Post a Comment

 
Support : Sebuah kerjasama bersama Beyond Synergy Solution & Diamond Bay Solution
Copyright © 2012. FDP Jun Gong - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website | Mas Template
Proudly powered by FDP JunGong