Diabetes

Penyakit DIABETES
Secara amnya, penyakit diabetes ( kencing manis ) adalah penyakit yang berpunca daripada kandungan gula yang tinggi dalam darah. Biasanya, paras gula dalam darah dikawal oleh pankreas yang menghasilkan hormon insulin.

Dalam penyakit diabetes ( kencing manis ) disebabkan kekurangan insulin ia menyukarkan proses untuk mengeluarkan gula dalam darah dan turut menjejaskan sel dalaman untuk membekalkan tenaga.

Peringkat penyakit DIABETES
Namun begitu, terdapat dua jenis diabetes ( kencing manis ) iaitu diabetes jenis I dan jenis II. Diabetes jenis I (Insulin Dependent Diabetes Mellitus) berpunca daripada kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas atau tiada penghasilan langsung.

Biasanya, penghidap diabetes jenis I mula mendapat simptom penyakit ketika zaman remaja atau sebelum mencecah usia 40-an. Oleh kerana kegagalan penghasilan insulin oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dan rawatan bagi mengawal tahap glukosa darah.

Diabetes jenis II berlaku apabila badan tidak menghasilkan insulin atau tidak menggunakan hormon insulin dengan baik. Kerap berlaku di kalangan individu yang berumur 40 tahun ke atas. Selain pengambilan ubat-ubatan dan suntikan insulin, Pengarah Eksekutif NADI, Prof. Datuk Mustaffa Embong menyarankan supaya pesakit kencing manis mengamalkan pemakanan yang seimbang, kurangkan berat badan dan bersenam. Minyak Kelapa Dara BioVCO boleh mengurangkan paras gula dalam darah. Ia boleh membantu dengan menyingkirkan gula berlebihan. Ini kerana ia boleh meningkatkan kadar metabolisma badan.

Peningkatan kadar metabolisma samalah dengan aktiviti senaman yang dilakukan. Pengambilan 2 sudu besar sehari sudah mencukupi untuk menunjukkan kesannya. Tetapi pengguna hendaklah mengamalkannya secara konsisten. Walau bagaimanapun kesan Minyak Kelapa Dara BioVCO juga bergantung kepada tahap kesihatan seseorang. Ada individu yang menunjukkan kesan cepat, ada juga individu yang mengambil masa yang agak lama untuk menunjukkan kesan. - sumber


Tanda-tanda penyakit DIABETES
- Dehidrasi
- Rasa haus terus-menerus
- Peningkatan frekuensi kencing
- Selalu sakit kepala dan loya
- Kelelahan
- Penurunan berat badan
- Gangguan penglihatan
- Penyembuhan luka yang lama



Beberapa tanda penyakit DIABETES yang lain
- Diabetes awal adalah di saat seseorang mendapat tahu yang kandungan gula dalam darah yang dimiliki lebih tinggi dibandingkan kadar normal tapi masih belum dalam kategori pengidap diabetes.
- Kadar gula dalam darah yang normal ialah dibawah 100mg/dl (dalam keadaan berpuasa). Jika hasil ujian menunjukan kadar gula ialah 126 atau lebih tinggi maka itu bermakna pengidap kencing manis atau diabetes.
- Ujian kadar gula dalam darah seelok eloknya dilakukan setiap 3 tahun, terutama bagi mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan, dan berusia lanjut.
- Seandainya anda tergolong dalam golongan yang tidak melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam, memiliki sejarah penyakit berkaitan pembuluh darah, masalah kolestrol, atau ada kelaurga yang mengidap diabetes, maka ada juga berpotensi untuk mengidapnya.
- Melahirkan bayi yang beratnya lebih dari 4 atau 5 KG, dan mengalami masalah diabetes masa hamil.
- Tekanan darah antara 140/90 atau lebih. - sumber

Kesan penyakit diabetes
Penyakit diabetes yang tidak dikawal dengan baik akan menyebabkan kesan yang lebih serius. Antara kesannya ialah :
- Kegagalan buah pinggang
- Serangan jantung
- Kebutaan / Katarak
- Koma (hilang kesedaran)
- Angin ahmar (strok)
- Sakit saraf atau “mati pucuk”
- ‘Gangrene’ atau anggota tubuh mati/membusuk - sumber

Post a Comment

 
Support : Sebuah kerjasama bersama Beyond Synergy Solution & Diamond Bay Solution
Copyright © 2012. FDP Jun Gong - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website | Mas Template
Proudly powered by FDP JunGong